Jumaat, 9 Oktober 2009

Mintak izin Alllah untuk buat JAHAT???

Hari ni..lpas ak bgn je dr tdo, ak ttibe plak jadi rajin..ak amik kputusan tuk basuh baju, kemas rumah, kemas bilik, basuh bilik air, lap kipas..pendek kata semua skali la ak basuh..al maklumla..hari ni ak betugas..hehehe.( patutla..duty rupanya hari ni..huhu). lepas siap semua tugasan ak, ak pom jlnkan tugas tuk diri ak plak..mandi..

Lepas mandi..ak melepak je kat depan laptop sampai la prut ak mula menyanyi2 kecil.. ala2 lagu negaraku jerk bunyinya...ada wat majlis rasmi kot cacing2 dlm prut ak ni...ak bermonolog...:p

Masa ak dop godek2 laptop ak tu..ak terbaca satu artikel ni..minta izin dengan Allah untuk buat JAHAT?
menariknya tajuk artikel ni..( ak bermonolog untuk kali keduanya..cehhh..) ak tertarik sgt dgn tajuk artikel tu..dan ak nak sngt kongsi apa yg ak bace ni..jom kita sama2 renungkan...
artikelnya berbunyi begini..( ade ke artikel berbunyi...?)


Allah itu MAHA SEMPURNA..campaklah perkara yang buruk dan jahat, Allah tetap sempurna..tak macam manusia...jika dimarah, dikutuk, dicaci..mereka tidak lagi akan menyayangi kita..walaupun kita tidak mengikut perintahNya, mempersoalkan apa yang telah ditakdirkan kepada kita, tidak sedikit pun kurang rasa sayang Allah kepada kita...Allah tetap memberi nikmat kepada kita seperti dizinkan untuk bernafas, makan minum, kesihatan dan sebagainya..Subhanallah..begitu sayangnya Allah pada hambanya..

Allah adalah pencipta kita dan apa yang ada di bumi dan diantaranya adalah milik Allah...walaupun pada fizikalnya seperti rumah, anak-anak, isteri dan sebagainya adalah milik kita. tapi hakikatnya ianya adalah sekadar pinjaman dari Allah kepada kita..namun, pernahkah kita meminta izin kepada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah? pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah? pernahkah kita minta izin dengan Allah untuk berbuat JAHAT?

Mesti tak pernahkan..kerana kita menganggap semua itu adalah hak kita..tambah2 klu kita nak buat jahat..lagila tak pernah..bunyinya dah macam melucukan..tapi, sebelum tergelak, jom baca kisah ni..

Pernah seorang lelaki yang didatangi sahabat yang ketagih arak dan langsung tidak mahu berubah..lelaki ini cuba berfikir sesuatu supaya dia dapat mengubah lelaki yang ketagih arak tersebut..dan lelaki tersebut telah mendapat satu idea..lelaki tersebut bertanyakan sahabatnya..

" Kamu mintak izin tak dengan Allah sebelum minum arak ni?" sahabatnya kehairanan dan terkejut kerana kenapa dia perlu meminta izin dari Allah sedangkan dia ingin minum arak..dalam kehairanan tersebut, akhirnya dia akur untuk mencubanya. sejak hari itu, dia sering meminta izin dengan Allah setiap kali dia minum arak..

" Ya Allah, aku meminta izin Mu untuk meminum arak ini" lalu sahabat itu meminum arak tersebut..begitulah keadaannya setiap kali dia ingin meminum arak..dan kini, sebulan sudah berlalu..sahabat telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berjiwa super itu tadi..dan sahabat menyatakan dia telah berubah dan tidak lagi minum arak.

Sahabat itu tadi bertanya kepada lelaki super kenapa perkara ini boleh berlaku..dia bertanya kepada lelaki super itu.."Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak".

"Allah itu maha Sempurna..Allah tahu dan Tetap sayangkan hambaNya. Dia juga tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak”, lelaki jiwa super menjawab.

dan...

Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah…
“Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Allah”

atau ...

“Ya Allah, aku nak tengok cerita ni dulu ya, Ya Allah.. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni Ya Allah.. Kalau aku solat dulu, nanti terlepas pula ya Allah”...

InsyaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar... Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya..InsyaAllah..

Itulah yang menariknya kisah ni..moga2 kisah ini dapat dijadikan teladan untuk mengubah segala sifat negatif yang ada pada kita agar kita sentiasa menjadi hamba yang taat kepadaNya dan semoga kita memiliki jiwa yang super..amiin ya rabbal alamin..

gambar kebesaran Allah swt..




awan yg berbentuk kalimah ALLAH..



kaktus berbentuk kalimah ALLAH..

Batu yang sedang sujud..

Tiada ulasan: