Ahad, 25 Oktober 2009

chaiyok2x!!!!

.....ErKkKkKk......
....fiNaL dH dekaT....
.
.
.
.
.
.
.
.

..STUDY MALAS..
aduhhh...apa la nak jadi ngan ak ni....
chaiyok Fa!!!!
jangan malas2...

FOKUS!!!!

Rabu, 21 Oktober 2009

durian oh durian...

hoho...durian oh durian....
letih ak nak layan bau durian nih...
dari pagi...sampaila ke mlm...
bilik ak bau durian...
ak rse cam nak pitam...huhu

BILIK AK BAU DURIAN!!!!!


owh..NO!!!
ak plg xsuka time musim durian..
jln2 bau durian..
nek bas bau durian..
msuk blk bau durian..
msuk lif bau durian..
nk g buang smpah,pun bau durian..
smbal belacan pun dioram letak durian..
dan yg plg tragis lagi..

BLOG KAK SAL POM ADE DURIAN...hehhehe
(tp kak sal punya durian ak kgum..sbb wane dia merah..ak xpenah jumpe..hihiihi)

ni la nasib bagi org2 yg xmkn durian cam ak nih..huhu...
tapi satu je yg ak pkir bila bau durian smkin membuak2..hehhe
BILA LA POKOK DURIAN NI NAK PUPUS..HAHHAHA
(Ssory yer buat semua pemint durian..ak mmg dh xthan sgt dh..hehhehe.tp ramai jgk yg kate ak ni rugi bsr sbb xmkn durian..ye ke?..hhuhu)







Isnin, 19 Oktober 2009

satu petang...

Ptg td, mase ak ngan member2 seangkatan tgh tunggu bas nak blk kolej....penyerbuan di muka pintu bas oleh bakal2 cikgu bitara yang blh dikatakan sdkit terlampau telah menyebabkan kami terpaksa beralah dan tunggu bas lain..
(konon..nsb bek tme tu kitorang tgh penat..klu tak..mmg kami la yg plg bitara bab2 tolak menolak tme nek bas nih..hehhe)
Mse kami tgh tunggu bas tu..sempatla kami borak2 skit..dan ada sorang mamat yg juga merupakn bdk klas ak ..tanya satu soalan kat kami..dan ak bahsakan diri dia sbgai beliau..dialognya seakan2 begini...

beliau : ni..ak nak tny ngan korang..td ckp psl surah2 kan..( haa..ingat kami mengumpat org ke?) korang semua tahu tak srh apa yg xde huruf " mim"? ni kiranya ak meneka lani..
tahu tak?

ak : ermm..xpenah dgr la plak..surah ape weh?

beliau : carila dlu..usaha skit..nnt ak bagitau..

ak: yasin? dalam ejaan Yasin tu xde huruf " mim "kan?
(ak cuba menduga..kot2 beliau nak buat naya ngan kami..)

beliau: eishh..ade ke..carilah dulu..nnt ak bagitahu..

Mase beliau ckp camtu..hati ak tiba2 tertarik sgt nk thu psl surah yg xde huruf "mim" ni...sepnjg pejlann ak terfikir psl surah tu...dan sampai je kat rumah..ak try tnya ngan hosmate ak..kot2 dia thu psl kisah ni..pastu..dia mengofferkan dri dia tuk bertanya kat spupu dia sbb dia cakap spupu dia ni sorang hafiz..mst tahu punya..excited ak mse tu..dan mlm tu..terjwbla soalan si beliau tadi..ALHAMDULILLAH....

Korang tahu tak surah ape? SURAH AL-KHAUSAR..inilah salah satu surah yang mmg xde huruf "mim" ni..pastu, ak tryla godek2 dlm tenet n cari psl tafsir surah Al Khausar ni.. dan ak jumap 1 artikel yang menerangkan tentang tafsir dan khasiat surah ni..ni la surah Al Khausar ni..pendek je..ade 3 ayat..


Ayat ni bermaksud sungai disyurga..yang diperbuat daripada batu permata yang cantik..sewangi kasturi..warna seputih susu, serta lebih manis dari madu...

Kesinambungan ayat 1 dan 2 ni menyatakan tentang setelah kita mendapat nikmat yang banyak itu..kita disuruh bersyukur dengan mengadakan 2 ibadat iaitu solat dan berkorban..dan sesiapa membenci risalah ini yang turun kepada Muhammad..itu sebenarnya merekalah yang terputuskan dari nikmat dan rahmat Allah s.w.t.

Surah ini juga bertujuan untuk menghiburkan hati Rasulullah ketika baginda berada dalam kesedihan setelah kematian 2 orang yg dikasihi iaitu anaknya Ibrahim dan bapa saudarnya Abu Talib..

Selain itu juga..ape yg ak dpt petik dr artikel tersebut..terdapat byk khasiat yang terkandung dalam surah ni dan boleh dijadikan sebagai amaln seharian kita..antaranya ialah:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Ni la diantara khasiat dalam surah Al Khausar dan semoga ianya menjadi amalan kita bersama.

p/s : time kasih kepada beliau sbb beliau dah bagi ak 1 ilmu bru..

Khamis, 15 Oktober 2009

..ReLAKS miNDA anDA....

Haaa..assalamualaikum semua..
Kali ni..ak nk ajaar korang wat sesi relaks minda ni..

Syarat2 permainan adalah seprti dibawah:
a) dh siap sme esaimen..hehhe
b) perut mstilah kenyng..
c) brada dlm keadaan borim yg melampau..
d) mst smyg dlu..bg yg bleh smyang..
e) suasana teraputik
f) haa..dah la tu..kang bg byk2..xbleh nk tepati plak..hehhe.

Cara permainan:
a) permainanya sgt simple..
b)mestilah memerhatikn ketiga2 gmbar dibwh..
c) setiap gmbar mstilah diperhatikan skurg2nya 5 minit..lebih lg kaw..sehingga gambr tu seolah2 bergerak dengan jayanya..
dan....
d) gambar2 nya adlh seprti dibawah...

gambar 1:

gambar 2:


gambar 3;

haa...skrang ni ape yg korang nampak n korng rse?
ade rse rileks skit xminda tu atau dgn lebih lnjut lg..
NGANTUK!!!!!! hehheheh..
( dr td lg ak ngatuk sbnrnya...hehhehe)
untuk mendapat kesan rileks minda yg lbih lme...apa lagi....TIDOla rahsianya..hehhe
so..
moral of da story...
ak mmg ngatuk tahap cipan dah nih..ak tdo dlu eh...haa..sblum tu..
klu tak cukup syarat..sesi rileks minda ni kurang menjadi tau..
( pesanan dari pihak penaja)..hehehhe

Rabu, 14 Oktober 2009

Kisah Si Tempayan Retak...

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."


Moral of da story:

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.,,ayuh..sme2 kita bangkit..

Isnin, 12 Oktober 2009

aku bebas........(o_O)

alhamdulillah...
setelah sekian lame ak berhempas pulas untuk siapkan semua esaimen.
akhirnya aku brjaya smpai kepenghujungnya....
hari ni ak rase lega yang teramat sangat...
semua esaimen ak dh submit..
arhh..alhamdulillah Ya Allah..
ak bersyukur sngt..
lega sangat....
ak rse cam nak berithu satu dunia ni yg esaimen. ak ni dh siap.hihihi..
tapi...knpe ak byk sgt perkataan 'sangat' ni?
...............lu pikir la sendiri..............
(o_O)

Jumaat, 9 Oktober 2009

SENYUM seindah SURIA...

blk dari klas td, masa jalan2..ada sorang junior ni tgur ak..

Junior : akak asyik senyum je hari ni..ada pape ke kak? ( sambil menunjukkan muka kegatalannya..hehehe)

Dengan slumbernya ak jawab...

aku: maklumla..senyum tu kan sedekah...( tergelak kecil )

Itulah jawapan ak kat junior tu..jawapan ak ni agak familiar bunyinya..bila org tny knpa kita senyum..msti semua org akan bg jwpn yg lebih krg sme je ngan ak.. tak pun, jawapan dia.

" biasala, awek muda..."

Tapi pernah tak kita thu khasiat lain di sebalik senyuman tu?

dan untuk hari ni..ak nak kongsi pasal khasiat yg ada pd senyuman tu..

1 ) Senyum membuat Anda lebih menarik. ( ni yg xthan ni..hehe)
Orang yg byk tersenyum ni lebih memiliki daya tarik.Orang yg suka senyum dapat menjadikan perasaan orang disekitarnya lebih nyaman dan senang. Dipastikan orang yg byk tersenyum memiliki byk teman dan kelihatan menarik..

2) Senyum dapat mengubah perasaan kita
Jika kita sedang sedih, cubalah untuk tersenyum kerana senyuman mengubah perasaan kita menjadi lebih baik.Menurut kajian, senyum boleh mempengaruhi tubuh badan kita sehingga perasaan kita akan berubah dan dapat melegakan ketegangan dalam badan kita...

3)Senyum menghilangkan stress atau tekanan.
Stress kebiasaannya akan terlihat di wajah kita.melalui Senyuman, ia boleh menghilangkan raut wajah kita yang lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, kita harus mengambil waktu untuk tersenyum kerana senyuman akan mengurangkan stress dan membuat pikiran lebih tenang...

4) Senyum meningkatkan ketahanan daya tahan badan.
Senyuman akan membuat sistem imunisasi badan bekerja dengan lebih baik.Fungsi imunisasi tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian juga, selsema dan batuk boleh sembuh dengan hanya tersenyum. dan yang paling ajaib, senyum juga dikatakan mampu menghilangkan penyakit2 yang lain seperti hypertension, dan juga barah..

5) Senyum menurunkan tekanan darah. Tidak percaya? Cuba kamu semua catat tekanan darah ketika kamu tidak tersenyum..
dan catat lagi tekanan darah ketika kamu tersenyum ketika diperiksa.Tekanan darah ketika kita tersenyum pasti lebih rendah berbanding tidak tersnyum...

6) Senyum membuatkan kita lebih muda dari usia sebenar atau awet muda.
Senyuman menggerakkan banyak otot . Kesannya, otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan byk tersenyum kita akan lebih muda dan sentiasa muda. so, apa lagi..senyum2..

7) Senyum membuat kita kelihatan berkeyakinan dan menarik.
Orang yg tersenyum terlihat lebih berkeyakinan, terkenal, dan boleh berpengaruh..dan silap hari bulan..'pucuk dicita, ulam mendatang'..

8) Senyum membuat kita lebih positif.
Cuba lakukan ini : fikirkan hal buruk sambil tersenyum dengan seikhlas hati. Pasti susah untuk kita lakukan...kalau boleh pun mungkin ianya sekadar senyum sinis. Hal ini kerana, ketika kita tersenyum,tubuh kita akan memberi satu impuls baru iaitu “hidup adalah baik”. Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang paling baik.

moral of da story..

walaupun esaimen sampai berguni2 byknya..jgnla kita stress2..kita snyum je..tapi, senyumnya jgn melebih2 pulak..nnt xpasala2..ada yg oferkan borang tuk masuk tanjung lain..bukan tanjung malim lagi dh..hehehe.

dan satu lagi pesanan dr pihak penaja..

"kurangkan manis dalam minuman, tambhkan manis dlm senyuman.."
( bukan sbb nk jg kesihatan sgt ni tp sbb gula ssh nak dapat n mahal..huhu)

mari kita senyum2..


ala manisnya..

haa..baboon pon tahu senyum..hehe

........sekian......

Mintak izin Alllah untuk buat JAHAT???

Hari ni..lpas ak bgn je dr tdo, ak ttibe plak jadi rajin..ak amik kputusan tuk basuh baju, kemas rumah, kemas bilik, basuh bilik air, lap kipas..pendek kata semua skali la ak basuh..al maklumla..hari ni ak betugas..hehehe.( patutla..duty rupanya hari ni..huhu). lepas siap semua tugasan ak, ak pom jlnkan tugas tuk diri ak plak..mandi..

Lepas mandi..ak melepak je kat depan laptop sampai la prut ak mula menyanyi2 kecil.. ala2 lagu negaraku jerk bunyinya...ada wat majlis rasmi kot cacing2 dlm prut ak ni...ak bermonolog...:p

Masa ak dop godek2 laptop ak tu..ak terbaca satu artikel ni..minta izin dengan Allah untuk buat JAHAT?
menariknya tajuk artikel ni..( ak bermonolog untuk kali keduanya..cehhh..) ak tertarik sgt dgn tajuk artikel tu..dan ak nak sngt kongsi apa yg ak bace ni..jom kita sama2 renungkan...
artikelnya berbunyi begini..( ade ke artikel berbunyi...?)


Allah itu MAHA SEMPURNA..campaklah perkara yang buruk dan jahat, Allah tetap sempurna..tak macam manusia...jika dimarah, dikutuk, dicaci..mereka tidak lagi akan menyayangi kita..walaupun kita tidak mengikut perintahNya, mempersoalkan apa yang telah ditakdirkan kepada kita, tidak sedikit pun kurang rasa sayang Allah kepada kita...Allah tetap memberi nikmat kepada kita seperti dizinkan untuk bernafas, makan minum, kesihatan dan sebagainya..Subhanallah..begitu sayangnya Allah pada hambanya..

Allah adalah pencipta kita dan apa yang ada di bumi dan diantaranya adalah milik Allah...walaupun pada fizikalnya seperti rumah, anak-anak, isteri dan sebagainya adalah milik kita. tapi hakikatnya ianya adalah sekadar pinjaman dari Allah kepada kita..namun, pernahkah kita meminta izin kepada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah? pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah? pernahkah kita minta izin dengan Allah untuk berbuat JAHAT?

Mesti tak pernahkan..kerana kita menganggap semua itu adalah hak kita..tambah2 klu kita nak buat jahat..lagila tak pernah..bunyinya dah macam melucukan..tapi, sebelum tergelak, jom baca kisah ni..

Pernah seorang lelaki yang didatangi sahabat yang ketagih arak dan langsung tidak mahu berubah..lelaki ini cuba berfikir sesuatu supaya dia dapat mengubah lelaki yang ketagih arak tersebut..dan lelaki tersebut telah mendapat satu idea..lelaki tersebut bertanyakan sahabatnya..

" Kamu mintak izin tak dengan Allah sebelum minum arak ni?" sahabatnya kehairanan dan terkejut kerana kenapa dia perlu meminta izin dari Allah sedangkan dia ingin minum arak..dalam kehairanan tersebut, akhirnya dia akur untuk mencubanya. sejak hari itu, dia sering meminta izin dengan Allah setiap kali dia minum arak..

" Ya Allah, aku meminta izin Mu untuk meminum arak ini" lalu sahabat itu meminum arak tersebut..begitulah keadaannya setiap kali dia ingin meminum arak..dan kini, sebulan sudah berlalu..sahabat telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berjiwa super itu tadi..dan sahabat menyatakan dia telah berubah dan tidak lagi minum arak.

Sahabat itu tadi bertanya kepada lelaki super kenapa perkara ini boleh berlaku..dia bertanya kepada lelaki super itu.."Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak".

"Allah itu maha Sempurna..Allah tahu dan Tetap sayangkan hambaNya. Dia juga tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak”, lelaki jiwa super menjawab.

dan...

Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah…
“Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Allah”

atau ...

“Ya Allah, aku nak tengok cerita ni dulu ya, Ya Allah.. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni Ya Allah.. Kalau aku solat dulu, nanti terlepas pula ya Allah”...

InsyaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar... Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya..InsyaAllah..

Itulah yang menariknya kisah ni..moga2 kisah ini dapat dijadikan teladan untuk mengubah segala sifat negatif yang ada pada kita agar kita sentiasa menjadi hamba yang taat kepadaNya dan semoga kita memiliki jiwa yang super..amiin ya rabbal alamin..

gambar kebesaran Allah swt..




awan yg berbentuk kalimah ALLAH..



kaktus berbentuk kalimah ALLAH..

Batu yang sedang sujud..

Rabu, 7 Oktober 2009

sukarnya hidup ni...


peningla dgn hidup ni...

susah nak jaga hati org ni...kte snyap cakap kita terasa ngan dia..

bila kita cakp..dia plak yg ofer diri dia terasa...

adoyai..


kan lebih elok je klu kita hidup sesoram..

kita yg cakap...kita yg bisu, kita yg marah, kita yg sedih, kita yg terasa..semuanya biar kita je yg rase..

janji kita hepi..

tp klu dop sensoram pun xbes jgk..

xde org nak ketawa sama2 ngan kite..

pening2..redha je la..mungkin ni smua ujian daripadaNya..hanya Dia yg mngetahui segala2nya..



nsb bek blog ni xde perasaan..klu tak..ngan perasaan blog ni skali ak kne jage..xke ssh tu..hehhee.

dan nsb bek jg ada blog ni..bleh gak ak luah perasaan sdih ak ni..ape2 pun, hari ni ak rse cam tak bes sgt..yg teramat sgt...i dun no y...

perubahan bulan kot..

hehehehhe



>>>aku xdea idea<<<<

aloha!!!!!!


lama dh ak xapdet blog ni..asal nak apdet je, buzy..asal buzy je nk apdet blog..tu la msalah ak skrang ni..plus2 ngan malas lagi..jadik la camni..


ni pun dlam kategori malas + xde ideaa..dan kat sini ak nk bagi tahu 1 perkara ja..walaupun ak x sempat nak apdet blog, jgn risau...

.

.

.

.

.

.

.

.

ak sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..hehehe.tu ja sebenarnya..;-)




Khamis, 3 September 2009

kisah bulan puase...

..asslamualaikum dan salam ramadhan..
uishh..

lame dh xupdte blog ksyangan ak nih..asyik sbuk je kebelakangan ni..

sbuk dgn tdo..sbuk dgn novel..sbuk ngan bli juadah berbuka..sbuk ngan terawih..

dan yg plg las skali..cam biase..esaimen..hehe.

( knp esaimen mst las? haa..jwbla sndiri...)
(o_O)?
.........................................
sedar tak sedar..dh spuluh hari dh kita puasa..cepatnya masa berlalu..
skaran ni klu puase, rase cam skjp sngat..tak mcm dlu2 mse ak muda2 dlu..
nak hbskan 1 hari bepuasa tu rase cam ak pitam...pnat sngt..pastu klu time bkk puase tu.. slalu je kena mrh ngan mak ngan abah sbb blum sempat doa dibaca, entah knape..air dlm glas ak ni telah mngalami tahap surut yg melampau2..ak sndri pun smpai skrg msh dok pkir2..kat mne sbnarnya air yg kat dlm glas ak tu menghilang...hampir stress ak dibuatnya klu pkir pasl bende ni..kne ajak saintis wat kajian nih...hheheheh..time tu..dptla sbakul dua bebelan drpda mak kesayangan ak..almaklumla..sapa sruh gelojoh sngt..
ak ingat lagi satu ksh ni..mse tu klu xslp ak..umr ak dalam lingkungan 7 tahun lebih2..masa tu, first time la ni ak nk puase penuh ..biasenye,tepat pkul 12 tgahri..cacing dlm prut ak dh mintak nasi..ak xlapar pun sbnrnya time tu..ak dh cuba dh pjuk cacing2 dlm perut ak tu..tp geng2 cacing ni mmg keras kpala..nk jgk mkn..so, ak ikut jela..hehehe. tp hari tu pun..ak puasa sbb ak dpt kesedran bila ak tgok kakak ak yg puase pnuh ni dpt duit singgit dr abah ak..xadilla..ak xdpt pun. so, mlam lpas terawih tu..kakak ak sbuk je dok tunjuk2 yg dia dpt duit..so apa lg..ak jelos la wei..singgit tu bleh dpt 10 btg dh bunga api..( time tu bunga api mrah lg..yg besi tu..hehehe).
nak dijadikan crita..bermulala kisah ak puasa pnh ari tu sbb nk dpt duit..tggu punya tggu..aduihh..lamanya nk bkk puase ni..nk tdo,prt lapar..klu xtdur rse cam xsabo2 nk bkk puase..tp mse tu ak berjaya jgk menidurkan dri ak ni..bila bgun je..ak tgok jam dh pkul 5 lbih2..mase ak bgun tu..abah ak cpat2 tny ngan ak.."puase ke hari ni?"...ak angguk je..xlarat..konon...letih sgtla kononnya time tu.. lpas tu..ak pun bgn dan trus pegi intai2 mak ak kat dapur..dalam mse tu jgk..ak tgok ada 1 jug air oren kat ats meja..walaupun air tu blum ditambah ngan ais lagi, tapi ak dh nmpak air tu cam pnuh dgn ais..pnuh kenikmatan dan kelazatan..tanpa befikir pnjg, ak trus amik gelas..
dan,,,,
ak tguk air tu puas2 walaupun air tu masam sgt, ak truskan jgk tegukan ak sbb telalu dhaga..waaa..leganya..hilan dhaga ak mase tu..
time tu ak mmg dh lupa yg ak ni puase..lpas je ak rse cam dh puas sgt..bru ak ingat yg ak tgah puase.mase tu ak dh mula rse cuak dh..tkut abah ak xbagi singgit..aduih..pastu..korang tahu apa yg ak buat? hehe.ak pura2 ltihla..pastu konon2 xtahu r psl pristiwa tu..walaupun jelas sgt air tu dh surut..ak buat2 tgok tv..ak buat2 men2 ngan adik ak yg bru umur 3 thun mase tu.
( pandai jgk ak belakon mase tu..jhatla mase tu..adiuhh.hal ni lgsg xde kena mngena dgn zaman skarg, ok..heheh).
lpas tu..tiba2 je ak dgr mak ak panggil ak..mak ak tny ak sapa yg minum air tu..tp ak cakap xtahu..ak ckap ak puase. tp syg..tekantoi jgk bila time nk bkk puase tu..tau knape? sblum bkk puase tu..bila mak ak nk tuangkan air tu kat gelas ak..ak cpt2 geleng kpala menandakan ak xnk ngan air tu..so, mak ak tny la knape? tanpa diduga..ak pun cakap..
" sape la yg buat air tu..masam sgtla.."
hehehehe..so,scara tak langsung, terkantoila mase tu..dan bila ak trgkan hal yg sbnarnya, abah ak cakap puase ak sah sbb ak terlupa tp abah ak ttp xkasik ak duit singgit tu dan dia hanya bg ak 50 sen je sbb ak dah tipu abah ngan mak ak. sdih sngat mase tu..
so..moral of da story..puase biar penuh..ikhlas...dan yg plg pntg..jgn tipu mak ayah..dosa!!!!

Khamis, 20 Ogos 2009

rindunya kt kampung....

mlm yg syahdu ni...ak tibe2 rindu sgt2..ak rindu sangat pada mu wahai kg ku..uwaaaa!!!!! nak blk kg..tmbh2 dh nak puasa ni..makinla betambah2 rindu ak..rindu sgt nk bkk puasa ngan fmly...besnye..td mmber ak ckap esok dia nk blk kg...dlm hati rse nk bomm je bdk Ida tu..org tgh rndu kg ni..dia cter plak psl nk blk smbut puasa kt rmh..tak adilllll!!!!mmg sggh tdk adil bg kmi yg jauh di perantauan ni..huhuhuhu..Ida...ko blk je la trus..xyah dtg sni lg..bikin pankreas ak pdih aja..hehehe. ( ak hrp sesngat ko bace ni..hehe). dan ak jgk nk hadiahkan ko 1 benda..mmg spesel...jap aaaa...

TARAAAAAAAAAAAAAAAA...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


haaaaH!!! ambik ko Ida..pndai sgt ckap psl kg ngan ak...main2 lg...hehehe.

dan mase ni jgk ak dh mula tebayang bnda2 yg xbes akn belaku dlm bln puase nih..dh la byak klas mlm..mst tekejar2..dan xbleh rse nkmat sbnr bkk puase ni...kesian kt aku, kan? uwaaaa..sdh lgi..nnt mst rndu ngan mskan mak ak..fuhhh...sabo2..asl la tnjg malim jauh sgt ngan rmah ak..klu sblh rmh je kan bes..xpyah nk pkir2 psl bnde nih..nk blk hari2 pn bleh..pastu..nak2 lg..mak ak jd naib canselor..perggh..mst bes sbb bleh bodek mak srh dia bg cuti awl2..2 mggu ke..3 mggu ke sblm raye..kan bes..cayalah mak..naib canselor tuu..

mmg bapak pnye mlampau ak punya angan2 kali nih..klu mcm ni..mat jenin pom undur dri ni..hehehe. tp xpe..ni konon2 sesi relax minda r ni..psikologi..kasik pjukan skit hati ak yg rndu ni..

walau apa sekali pun...plez dom try it at hom..n las skali, sblm ak telupa n sblm symptom2 plik merebak dlm diri ak ni..ak nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua..teutama buat famly ak..lectr ak...gru2 ak..kawan2 ak..n seluruh umat islam...smoga ianya dipenuhi dengan keberkatan dari Nya..amiin.. tata...

Isnin, 17 Ogos 2009

Kuatkan aku, Ya Allah..

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.
Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”






Khamis, 13 Ogos 2009

...tercipTa Jua LaGu kiTa....

Deras hatiku berdetar..

Di langit aku terlihat kamu..

Terang malam,teman kita..

Dengan angin meniup sayu..

Ku petik gitar akustik ini..

Dengan harapan dia mendengar..

Melodi indah yang ku cipta..

Hanya untuk luahkan rinduku padanya..

Dan aku terus,

Menyanyi lagu ini untukmu,

Walau berjuta mendengar,

Lagu ini hanya untukmu,

Arah hidup kita,

Digambar bintang di angkasa..

Dan berkelip melukis cinta..

Terciptalah lagu kita......


(ni lirik lagu kita nyanyian aizat_)


lame dh ak xupdte blog ak ni..kali ni ak nk share ttg apa yg ak rse dlam hati ak dan kali ni jgk ak sajikan dgn lirik lgu skali..ak nk koram sume try fhm lirik dia...tercipta jua lagu kita..bes sangat ak dgr lagu ni..

kadang2 ak rse cam sdh je tme hayati lirik lagu ni..

owh...knape ak tetibe jiwang nih?

aduhhh..hehehehe..

tp sies..tme mula2 ak dgr lgu ni ak suka sgt..indah je ak rse..ak rse tersentuh sgt bile dgr lgu ni..dh behari2 ak carik lgu ni..carik punye carik..rupanya rumate ak pom ade lgu nih..ceh..wat penat ak jerk cari lagu..apa lgii..on ym..send la.hikhik..nk cri dlm tenet mlas..pasing2 cam tu kan sng..

n kpd korang2..cuba2 la dgr lgu ni..bes sgt..rse cam diri kita d hargai,kan..indah sangat..seperti diawan-awangan..


Ahad, 26 Julai 2009

BIAR BETUL????????????????

sdg asyik ak meng'iron' bju nk ke klas...tibe2 ak dgr cam ade org pggil nme ak..sayup2 je suaranya..(utk pengetahuan umum..crita ni berlaku skitar pkl 9.00 pg td..bkn tgh mlm smlm ye..jgn nk memandai..dun try to bikin i takut,ya..hehehe)..
dah dgrr sayaup2 tu..
ak msk bilik..intai2 kt tingkp..ermmmm..skali nor..hehehe.dia rupanya pggil ak..huhu.ingtkan sape td..bikin ak panik saja...

nor: fo..fo.. ( jht dioram ni..dioram ajuk cre wanie kedah pggil nme ak..hihi..tp skali dgr lucu jgk..hehe)
aku: yea..larh..nor..ingtkan sape..bru hbs klas eh?
nor : fa..hri org rse klas fa btal la..sbb td sir xmsk klas org..dia mc..(skali kami dpt 'sir' yg sme daa..cme beza klas je..)

hatiku mula berbunga2..almaklumla..klas batal..sape xgembira oooo..hehe

aku: ye ke?knape? (konon cam xske r klas batal..hehehe.lakonan tu mst mmtap oo..)
nor: fa...dgr kbr sir suspek H1N1..
aku: biar betul???????????mane dpt brite ni?
nor: td afiq yg call sir..sir kt spital skrg ni..
aku: owh..

perbualan tamat disitu..krn kebatalan klas pd hari ni..ak pom besiap2 nk trun bwh nk g bli mknn..lps je bli mknn..ak teserempak ngan bks housemte ak dlu,kak wani..
dann...korang thu apa yg aku bualkan dgn kak wani?

aku: ait,kak wani..dr mne?
kak wani: dr rmh member..dia skit..xblh nk bgn..mntah2..risaula fa..kak wani takut tu H1N1..kjp lg mak dia dtg amik..

ak terfikir sejenk...bia btul..dan yg pling tak sgka skali..rmah mmber kak wani tu..btul2 dpan rumah ak...waduh..gawat,kok..BIAR BTUL?????
ni yg wat ak takut ni...huhuhu. nauzubillah..sekian.
dada..ak nk g klas dlu...

p/s: werkk..colourful nye..hehe

...Suasana indah dbilikkU...

ermmmm..dah lama dah ak tak update blog ak ni..sbuk memanjang..bakal Dr, katakan..Dr.Fadilah Ismail...junior Dr.Fadzilah Kamsah..jgn jelos!!hehe.



haaaa...ni lah dia senior ak..dh agak dh..korang mst knl pnye..tp..yg juniornye dh knl blm ni? xpe2..meh kite knl2..dgn scra rasminya..sy mmperknlkan..selaku junior kpeda seniornya ini..dgn hormatnya..dipersmbahkan...



.............................................TARA!!!!!!!!!!......................................




hahahahaha....amacam?..ade iras2 tak? (cehh..siap edit tu..gmbr Dr.xpun..kes melampaui semior nih!!)
ade la ek skit2..walaupun pipi junior sdkit bulat..hehehe.
ehhh..korang pasan tak..kita dh lari tjuk nih!! ni dah kes bhya nih!! cuba korang intai2 skit tjuk ats tu ape dia..
haaaaa..ak dh ckp dh..lari tjuk..klu wat esei ni kompem2 fil!!! hehehe..
k la, k la..jom ak citer psl "suasana indah dibilikku" tu..
mmg indah wooo..bila ak tgok je..tng fikiran..lapang dada..hlg semua mslah yg membelenggu hdup ak...nk tgok???


...........................TING...TING...TING!!!!!!!..............................





hah!!!!!tenang tak pemandangan ni? xtng?
masalah la tu..
mst korang tgh penim pikir ni gambar ape, kan? ni la gmbr notis yg ak tmpal kat notis board bilik ak..esaimen, you..korang pe thu..nsb bek la de gambar ni..krg2nya..tng skit fkiran ak..(padhal dalm hati stress gile tgok gmbar ni..hahaha..cpt2 la hbs sem ni.dh nk pitam ak nengoknya..hehehe)..
hehehhee..msti korang pn stress gak kan? ingtkan dpt tgok gmbr yg btul2 indah dan mendamaikan..skali..gmbr note untk esaimen je..ni pun blum spnuhnya lagi tau..3 lg ak xsempt nk tulis..tp yg ni pun kira ok la ekk..indah jgk..ak siap edit dh tu..khas untk semua..hihihihi..itu saja tuk hari ni..sekian..

Khamis, 16 Julai 2009

esok yg indah...


waaa.......relaks. semua org suka ngn perkataan ni..dan ak juga tak penah miss suka ngn perkataan 'rilkes' ni..hehe. mana tak nye..ak sndiri pom penim dgn jadual klas ak minggu ni..ak pom xthu knape jd padat sgt..aduiii..biase la.studnt la katakan..ikut jela. hehe...tp.....itu semua ak xksh..hehehe.apa yg ak ksh.................

ESOK AK CUTI!!!!!!
dan secara tak langsung..esok ak bleh RILEKS!!! bleh la jugak ak menikmati tidur yg cukup..yg selama ini terabai..waa..syoknya..
walaupun ak thu esaimen ak byak.....ak rase cam syg plak nk buat awal2..ak bukannya apa..tkut nnt xde keje nk buat..sbb tu ak jimat cemat dlm kes nk siapkan esaimen ni..hahaha. maklumla..tkut nnt ak borim..( perghh..banyak la jimat..ckap je. mlas.,.kan sng citer..hikhik..).
satu lagi..sbb kedua knape ak jimat cemat dlam kes nk siapkan esaimen ni sbb lectrr ak bg keje skit sgt..xberbaloi..hahaha. (ni klu lectrr ak baca ni..kompen2 ak kena bediri ats kusi sbb perli dia..hehe).

so, skali lagi ak nak tekankan..
esok ak cuti..
ak nk relaksssss..
benda tu je yg ak tgh pkir kan skrg ni..hehehe.apa lagi...

...KITA ENJOYYYYYY!!!!....

Isnin, 13 Julai 2009

mak aku otai!!!!!!!!!!!!!!hehe

hehehehe..layan kisah ni ek...
entah knape..hari ni ak rse cam borim sgt..ak bukak laptop, sesambil tu, ak jeling2 buku ak kat ats meja..ah, buat asgmnt jela kejap..masa tu, ak kentalkan smgt ak untuk buat asgnmnt..bru je ak nak sntuh buku..tetibe fikiran ak melayang ke kampung halamanku yang indah lagi permai yg berada dibwh naungan Pak Su Oh iaitu selaku ketua kampungku..hihihi. (mst tersedak tok pengulu ak ni..heheh)..dan..tetibe je tingat kat mak ak...masa tu jugak, ak capai tepon dan tepon mak ak..

trettt..trett..


angah : hello..assalamulaikum..ho,ado gapo?
aku : hello..w'salam..ma ado?
angoh : ado..nok kecek ngan ma ko? nanti sbentar..ak panggil ma..

seminit kemudian..

angah : weh...ma dok masok..ma oyak tunggu meta..
aku : ok..

lebih kurang seminit lagi..

ma : assalamualaikum..ado gapo? chat ko?
aku : w'slam..tak dok gapo..org chat jah..ma chat?
ma : ma? chat..eh, bakpo eh ma tok tak brape jelas dgr mum kecek eh? tak dok line ko?
aku : tak tahu la..takkanla rumah tak dok line pulak? biaso ok molek je..
ma : tak tahu la..tok dgr eh ma mum kecek gapo..

masa ak tgh kusyuk buat latihan vokal ngan mak ak, tiba-tiba aku dengar suara akak ak menyampuk..
" ma..macam mano nok dgr soro dio..ma pegang telefon terbalik.." ..
ak ngan mak ak pun apa lagi..tergelak besar r kitorang..patutla..buat penat je ak buat latihan vokal nk kuatkan suara ak..skali mak ak pgg telefon terbalik..hahaha. mana nk dgr..disebabkan dia nk cpt,rupa-rupanya dia lnsg tak prasan telefon kat tangan dia terbalik..dan,dlm erti kata yg lain, AIMAN TAK KISAH...main angkat je..hihihi.
terus hilang borim ak waktu tu..
ma..ma..macam2..hehe..

p/s: kalau tak fhm dialek kelate,sila rujuk rakan anda yg lebih mahir..hehehehehe

Jumaat, 10 Julai 2009

salam ukhwafillah..

...aitt,semua...

alhamdulillah..akhirnya dpt jugak ak hsilkan blog ak sndiri..ak sebnrnya bkn ape..ak mmg suka sgt baca blog ni..terutama yg member2 punya..pastu, tak disangka2..

timbul plak keinginan nk ada blog sndiri..try punya try..akhirnya dpt jgk ak menyelitkan diri dalam dunia blog memblog ni..hihihi..cewahhh..

dan..secara tak lansg, ak nk istiharkan kpd semua..selamat datang kat blog ak, ...ALUNAN JIWA...waa..namanya pun dah mantap walaupun bunyinya ala-ala jiwang skit..hehe.

smoga dgn adanya blog ni dpt kita kongsi2 idea..dan sebagainya...


daaaaaa....