Selasa, 31 Ogos 2010

~kenangan merdeka cik Fadilah~


Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Waahh..sedar tak sedar dah 53 tahun kita merdeka..kalau manusia ni...kira dh pangkat atuk-atuk la ni..hebatkan Malaysia..walaupun  negara kita ni  terdiri drpd pelbagai kaum yg masing berlainan budaya dan adat resam yg tersendiri.. tp kite masih mampu mempertahankan kemerdekaan negara kita..inilah yg dikatakan semangat Satu Malaysia!! bersesuaian dengan tema kemerdekaan kita tahun ni....

"Satu Malaysia Menjana Tranformasi"

 Apa yg bes sangat merdeka tahun ni ya, cik Fadilah? hati saye cube berkata-kata..dan dengan  penuh rasa bangganya cik Fadilah menjawab :

1)  kemerdekaan taun ni jatuh pada bulan Ramadhan..walaupun semua umat Islam sedang menjalani ibadah puase..semangat   kemerdekaan tetap membara dalam diri masing2..yg ni cik Fadilah suka..berderau darah cik Fadilah bila dengar laungan merdeka dr semua penghuni kolej..wahh!! masing2 tak nak kalah..menyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat..Alhamdulillah.masih ada lagi semangat patriotik dalam diri anak-anak remaja sekarg ni..termasuk cik Fadilah sekali..

2) malam kemerdekaan pada tahun ni lebih meriah daripada sebelumnya..kebetulan kat kolej masa tu ada banyak gerai jualan sempena hari raya n merdeka sekaligus..meriah sangat! 

3) adanya persembahan yg ala-ala peperangan dari PALAPES UPSI...mmg real..rse macam betul2 berada pada zaman dulu2..betapa sukarnya nenek moyang kita dulu-dulu nak mencapai kemerdekaan..

4) Best lagu tema kemerdekaan tahun ni ya..like2..

5) menariknya hari kemerdekaan untuk tahun juga, sekali lagi Kolej Harun Aminurrashid mencatat sejarah dengan membuat logo Satu Malaysia dengan menggunakan  75 ribu botol terpakai..wah! banyak tuu..congrat to KHAR..

Masa tgah buat logo tu..sempat juga saya dan member2 ronda-ronda kawasan tu..nak join tak sempat..masa tu pihak-phak yang terlibat ni punya la sibuk..tapi yg paling menarik minat sye pada malam tu..semua kaum ade..kaum Melayu tlg susun2 botol yg dah siap di cap..kaum Cina bersihkan botol..kaum India plak masing2 cat btol..geng-geng Sabah Sarawak pulak incharge bhagian ambil botol kat stor..ni saya ikut majoriti la..tertarik bila tgok suasana ni..ade jugak tepikir sesorang..

' haik! diorang ni mmg dah siap2 bagi tugas ke ape ?'


Haaa..inilah yg dikatakan Satu Malaysia..sungguh. saya sangat tertarik dengan suasana tu..dan hasil daripada kerja keras semua warga KHAR.. secara langsung atau tidak langsung, akhirnya kami berjaya menghasilkan logo Satu Malaysia dengan jayanya...! gambarnya adalah seperti di bawah..=)







~masih dalam proses..~


~bersemangat!!~


6) Tahun ni juga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat 2 logo Satu Malaysia sekaligus..yg lagi satu dibuat di kampus yg menggunakan kertas surat khabar yg di cat..tp yg ni tak sempat nak 'snap' gambar..

Namun, dalam yang best..ada juga yang tak best yg sempat singgah di benak cik Fadilah seperti:

1)  Dalam kita bergembiraan dan smngat melaungkan kemerdekaan, masih ade yg meraung kesakitan..dan masih ade yg ditindas dengan kejam contohnya di Gaza..bersyukurlah dgn nikmat yg kita perolehi..

2) Dalam tak sedar, kita masih, sedang, dan akan dijajah secara halus..manusia mula terjerumus ke dalam kancah ketandusan moral dan tidak beretika..

3) Dalam  tak sedar..banyak benih-benih 'anak malam merdeka' yg tersemai terutamanya dalam kalangan remaja..

4) Merdeka hanya untuk bersuka ria???

Walau apa jua sekalipun..marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan yg sebenar...jgn biarkan kita dijajah untuk kedua kalinya...yg baik kita ambil..yg buruk kita jadikan iktibar..sekian.


salam kemerdekaan ke 53

2 ulasan:

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)