Selasa, 31 Ogos 2010

~kenangan merdeka cik Fadilah~


Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Waahh..sedar tak sedar dah 53 tahun kita merdeka..kalau manusia ni...kira dh pangkat atuk-atuk la ni..hebatkan Malaysia..walaupun  negara kita ni  terdiri drpd pelbagai kaum yg masing berlainan budaya dan adat resam yg tersendiri.. tp kite masih mampu mempertahankan kemerdekaan negara kita..inilah yg dikatakan semangat Satu Malaysia!! bersesuaian dengan tema kemerdekaan kita tahun ni....

"Satu Malaysia Menjana Tranformasi"

 Apa yg bes sangat merdeka tahun ni ya, cik Fadilah? hati saye cube berkata-kata..dan dengan  penuh rasa bangganya cik Fadilah menjawab :

1)  kemerdekaan taun ni jatuh pada bulan Ramadhan..walaupun semua umat Islam sedang menjalani ibadah puase..semangat   kemerdekaan tetap membara dalam diri masing2..yg ni cik Fadilah suka..berderau darah cik Fadilah bila dengar laungan merdeka dr semua penghuni kolej..wahh!! masing2 tak nak kalah..menyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat..Alhamdulillah.masih ada lagi semangat patriotik dalam diri anak-anak remaja sekarg ni..termasuk cik Fadilah sekali..

2) malam kemerdekaan pada tahun ni lebih meriah daripada sebelumnya..kebetulan kat kolej masa tu ada banyak gerai jualan sempena hari raya n merdeka sekaligus..meriah sangat! 

3) adanya persembahan yg ala-ala peperangan dari PALAPES UPSI...mmg real..rse macam betul2 berada pada zaman dulu2..betapa sukarnya nenek moyang kita dulu-dulu nak mencapai kemerdekaan..

4) Best lagu tema kemerdekaan tahun ni ya..like2..

5) menariknya hari kemerdekaan untuk tahun juga, sekali lagi Kolej Harun Aminurrashid mencatat sejarah dengan membuat logo Satu Malaysia dengan menggunakan  75 ribu botol terpakai..wah! banyak tuu..congrat to KHAR..

Masa tgah buat logo tu..sempat juga saya dan member2 ronda-ronda kawasan tu..nak join tak sempat..masa tu pihak-phak yang terlibat ni punya la sibuk..tapi yg paling menarik minat sye pada malam tu..semua kaum ade..kaum Melayu tlg susun2 botol yg dah siap di cap..kaum Cina bersihkan botol..kaum India plak masing2 cat btol..geng-geng Sabah Sarawak pulak incharge bhagian ambil botol kat stor..ni saya ikut majoriti la..tertarik bila tgok suasana ni..ade jugak tepikir sesorang..

' haik! diorang ni mmg dah siap2 bagi tugas ke ape ?'


Haaa..inilah yg dikatakan Satu Malaysia..sungguh. saya sangat tertarik dengan suasana tu..dan hasil daripada kerja keras semua warga KHAR.. secara langsung atau tidak langsung, akhirnya kami berjaya menghasilkan logo Satu Malaysia dengan jayanya...! gambarnya adalah seperti di bawah..=)







~masih dalam proses..~


~bersemangat!!~


6) Tahun ni juga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat 2 logo Satu Malaysia sekaligus..yg lagi satu dibuat di kampus yg menggunakan kertas surat khabar yg di cat..tp yg ni tak sempat nak 'snap' gambar..

Namun, dalam yang best..ada juga yang tak best yg sempat singgah di benak cik Fadilah seperti:

1)  Dalam kita bergembiraan dan smngat melaungkan kemerdekaan, masih ade yg meraung kesakitan..dan masih ade yg ditindas dengan kejam contohnya di Gaza..bersyukurlah dgn nikmat yg kita perolehi..

2) Dalam tak sedar, kita masih, sedang, dan akan dijajah secara halus..manusia mula terjerumus ke dalam kancah ketandusan moral dan tidak beretika..

3) Dalam  tak sedar..banyak benih-benih 'anak malam merdeka' yg tersemai terutamanya dalam kalangan remaja..

4) Merdeka hanya untuk bersuka ria???

Walau apa jua sekalipun..marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan yg sebenar...jgn biarkan kita dijajah untuk kedua kalinya...yg baik kita ambil..yg buruk kita jadikan iktibar..sekian.


salam kemerdekaan ke 53

Selasa, 24 Ogos 2010

~subahanallah, alhamdulillah,Allahuakbar..~




~pagi yang damai..~




~awan mula berarak..~

  
~senja mula melabuhkan tirainya..ecece..~



~siang berganti malam..~

~sungguh indah ciptaanNya...~
~bersyukurlah di atas segala nikmat kurnianNya..semoga peluang untuk esok masih ada untuk kita..~
~amiinn~

Selasa, 17 Ogos 2010

~belajar loghat kelantan edisi 2~

PEMBELAJARAN KITA UNTUK HARI INI..=)

lebu = terlalu masak, ranum
cth ayt: lebu  doh buoh moktea tu. ( buah rambutan dah ranum)

lecah = tawar, hambar
cth ayt: lecah nyo gulai nih. (tawarnya gulai ni)

lecoh= becak,takungan air
cth ayt; habih lecoh. ( habis becak)
                                                      
kohor = perlahan, tidak terburu-buru
cth ayt: kohor nyo dio bawok keto. ( perlahannya dia bawa kereta)


loghak= cepat, terburu-buru
cth ayt: loghak gi mano tu? ( nak ke mana terburu-buru tu?)



bobok =tidak ada tujuan (perbuatan, perkataan)
cth ayt: bobok gak ni? (apa yg kau merepek ni?)


boceh (bocéh)=buncit, berperut besar.
cth ayt: perut boceh macam orng bosnia. ( perut buncit macam orang bosnia)


bocong = kendi, buyungtermos.
cth ayt: ambik bocong tu katku. ( tolong ambilkan kendi tu untuk aku)


bojeng (bojéng)= berambut panjang, potong rambut
cth ayt: baru lepah bojeng ko? ( baru lepas potong rambut ke?)


bokeh (bokéh)=mencabut pokok dgn akar-akarnya, mencungkil (utk membuka sesuatu).
cth ayt: habih terbokeh akar pokok depe ghumoh kito. ( habis tercabut akar pokok di depan rumah kita)



cakduh= tidak sempurna (perbuatan).
cth ayt: cakduh sungguh kijo mung nih. ( kerja kamu tidak sempurna)

Sabtu, 14 Ogos 2010

~belajar loghat kelantan edisi 1~

OK~ hari ni kita belajar loghat kelantan..sape tau kot nnt ada yg dapat isteri or suami orang kelantan..tak pun nnt kot2 la nak pegi  Kelantan ke..dapat roomate org kelantan ke..

Antara kelebihannya adalah:

1) bleh dapat brg dgn harga yg lebih murah....sebab?? macik2 peniaga ni hebat..cakap luar  = harga naik 2 kali ganda..( kejadian ini akan belaku bila anda welcome2 to Kelantan..)sila abaikan kenyataan ini..ngee~

2) boleh tambah pengetahuan..~

3) ayya!! banyak lagi la..nnt tak sempat nk belajar plak..=)


PERBELAJARAN KITA UNTUK HARI INI..Ecehh~

bedo oh(bédooh) - melampau, keterlaluan
cth ayt: jangan dok bedooh sangat gak. ( jangan melampau sangat)

bejelak(béjélak)sangat lapar
cth ayt: bejelak nyo dio.( laparnya dia.)


bekoh - cabik (pd jahitan), sobek, koyak
cth ayt: mak, seluar sayo bekoh punggung. ( mak, seluar saya koyak kat punggung)


bokali - barangkali, kot (ni yg kita sllu guna)
cth ayt: yo doh bokali tu. ( betul la kot)


bekeng (békéng)-  perengus, pemarah..
cth ayt: jange dok jadi bekeng gitu. ( jangan jadi pemarah macam tu..)

bekwoh (békwah)- kenduri
cth ayt: aku gi bekwoh rumah tok ngulu tadi. ( aku pergi kenduri rumah tok penghulu tadi)



belanar- banyak, terlalu banyak
cth ayt: belanar doh tu..( dah banyak sangat tu)


belawok - berdusta, berbohong, tipu
cth ayat; jange dok belawok gitu.( jangan berbohong)


beleber (belébér)- merepek, berleter. membebel
cth ayt: brehi sungguh beleber. ( suka sangat membebel)


beledo- agar-agar (masakan)
cth ayt: hulur beledo tu..( hulurkan agar-agar tu)



beleming- berminyak, berkilat 
cth ayt: habis beleming puyuk aku. ( habis berminyak periuk aku)



bereke (beréké)-bersama-sama (berjalan), turut serta, mengikut
cth ayt: brehi bereke sungguh. (suka mengikut)


berembah- bergelut
cth ayt: pok mat berembah dengan rimau. ( pak mat bergelut dengan harimau)




ok~ cukup untuk kali ni...selamt belajar =D




p/s: yg di (breketkan) tu cik Fadilah dh translite dlm ayt biase..ecehh~

Jumaat, 13 Ogos 2010

Puasa dari sudut kesihatan~

Penurunan Berat Badan
Ini dapat membantu individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obes untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah. Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi pula, ini dapat menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula mereka dengan lebih baik.  Penurunan berat badan daripada amalan puasa Ramadan adalah berbeza dengan amalan crash diet atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi (hanya minum air).  Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang berhenti puasa.

Mempercepat Proses Pemulihan
Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan, imun atau metabolisme badan. Manakala, proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat.  Kajian turut mendapati berlaku penurunan suhu badan dan kemerosotan kadar asas metabolisme badan ketika berpuasa menjadikan badan menyimpan lebih tenaga.

Awet Muda dan Memanjangkan Usia
Hormon pertumbuhan, sejenis hormon anti penuaan didapati dirembeskan  dengan banyaknya ketika berpuasa.  Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah.

Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis
Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol  dan gula. Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat).  Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.

Solat Tarawih Memetabolismekan Makanan
Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat  tarawih pada sebelah malamnya.  Ianya membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori).  Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).

Mendisiplinkan Diri Agar Berhenti Merokok
Amalan puasa juga dapat melatih diri meninggalkan amalan yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam tubuh perokok.  Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana takut akan kemudaratan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan..

Ketenangan Mental
Dari segi kesihatan mental, umat manusia  berasa lebih tenang di bulan Ramadan yang mulia ini.  Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah.

Pemakanan di Bulan Ramadan
Pastikan makanan yang seimbang (buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein) ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak perlu makan banyak. Ketika berbuka disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga. Sementara itu, ketika bersahur adalah lebih baik makan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats, gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu, lapan jam. Justeru, ianya dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama.

Rabu, 11 Ogos 2010

~SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..~

~selamat menyambut ramadhan al-mubarak tuk semua..terutamanya buat keluarga tesayng.semoga ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya..
insyaALLAH..~







Selasa, 10 Ogos 2010

~salah siapa??~






" binatangkah yang bersifat kemanusiaan sekiranya manusia itu sudah mula hilang sifat-sifat mulianya?? atau binatang itu memang mempunyai sifat-sifat kebinatangan yang mulia yang tidak pernah ada pada manusia?? Binatang tidak pernah mencederakan anak2nya, meninggalkan anak2nya dimerata-rata..malahan binatang lebih mempunyai sifat 'proaktif' yang keterlaluan sekiranya ia merasakan ancaman dipersekitarannya boleh menggangu anak mereka...."


~takkan la sampai tahap sebegini manusia dianalogikan dengan binatang..~


tapi hakikatnya inilah yang berlaku pada hari ini..dalam usia dunia yang semakin hampir kepada sebuah 'kematian'..namun nazak di persimpangan jalan...








~anak kecil dibuang dan dibunuh dengan kejam ..
bukankah bayi2 ini adalah bukti kpd rse cinta mereka yg telah sekian lame tersemai????~


~renungkan..~























Isnin, 9 Ogos 2010

~aku boleh.!.~

"selagi seseorang itu berimaginasi bahawa dia tidak boleh melakukannya, maka mustahil baginya untuk melakukannya." 

 ~walaupun kita dalam kegelapan..~

~walaupun kita dalam kekeliruan..~

~walaupun kita hanya insan yg kerdil..~



~walaupun kita hanya keseorangan..~

TETAPI...

'jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan..jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tak menentu..jika kau fikirkan kekalahan kau hampiri kegagalan..jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan!!!"



~hanya keyakinan yg mampu mengibarkan bendera kejayaan pada kita..~

Sedar atau tidak sedar..kita sebenarnya berpotensi untuk melakukan apa jua perkara yg kita inginkan..cuma ianya bergantung kpada keyakinan dlam diri, pmikiran kita dan semangat yg kental~



~warna kehidupan~

~apa jua emosi kita pada hari ini~     



~happy.tenang~



~peace!! kebebasan ~


~ menyampah.terharu.terkejut.geram..~













~keletihan.kekecewaan..~


~keterpaksaan. kebencian..~




~dendam. rasa bersalah.~



~di sayangi dan menyayangi. bahagia.gembira..~



~ ianya merupakan warna warni dalam kehidupan untuk kita hargai..life is not bored!~


..janji KITA.. HappY!!~



~gelagat En. Nasrullah dan Pak INcik Tuan Pengarah yang sedang asyik mengait buah mempelam sbg tanda kenangan utk kami..ecece..sampaikan kami ter' snap' gambr pun diorang tak prasan..hehe~





~setelah 3 hari bertungkus lumus untuk program 'KAMI GENERASI HEBAT'..akhirnya kami pulang ke KHAR..jauh perjalanan, luas pemandangan..ondawy ke
Tanjung Malim..~

~wait 4 us ya TANJUNG MALIM yg INDAH..ngee~





~alaoalao..kesian kat Mak Incik fara n Mak Incik Assya..lentok HaBis..=)~




~wuHuu..jom rehat dlu...~
~..gaya slumber Pak Incik dRiver terbaik kami..Ayie..POSING itu MESTI!! .. istilah 'penat' simpan dalam 'BAS' dlu yea..yeahh!!!~



~wahh..tdi bukan main lagi TIDO, ya..skran ni siap PEACE! lagi..cewaahh..=)~




~eh3..kamu mhu ke mana???~




~ Mak Incik Wani selaku Penolong Tuan Pengarah..yg sdg sibuk uruskan makan minum kami..hehehe..jajan je ke Mak Incik oii..lapo nehh~





~lorr..orang len dok sebok nak mkn..Pak Incik Wan n Mak Incik Ekin ni berdating la plop..atas batu lagi..ecece..romantika d amor..haha. ~
~(sory ye..sape srh amek gmbar berdua-duaan..kan dh kne) ~





~hahaha..Pak Incik Tuan Pengarah dengan penuh smngt meredah liku2 demi anak buah yg tersyg..sampaikan pintu Bas pun tak sempat nk tutup..uits, Pak Incik..ade org nk curik Bas..pegi tutp pintu Bas, cpattt..~





~sekali lagi Pak INcik wan buat KONTROVERSI!!...masih lagi di lokasi yg sme..tp kali ni ngn Mak Incik ASSYA plak..haha~





~eh2..Mak Incik Tuan Tanah pun ade la..papepun..kepda wartwan rancangan BERSAMAMU..silalah lihat kedaifan kami..berbumbungkan awan..berlantaikan rumput..kesian Pak Incik Utu..makan nsik sambil merenung mse depan..sila ABAIKAN saiz badan Mak Incik Tuan Tanah yea..sbb Mak incik ni wakil penderma....lalala~





~perut KENYANG..hati senang..lalala..jom naik Bas!..kite TERUSKAN perjalanan kite yg BLUM selesai..ecece..menuju ke bandraya TANJUNG MALIM..~





 



~waaa..akhirnya..KHAR!!KAMI DATANG...setelah 2 jam setengah kami terperuk dalam BAS..hehe..~

~time kasih ya kawan2ku yang TERSAYANG..semoga kenangan indah kita bersama d SMKTS akan kekal buat selama-lamanya..amiiinn~

~KAMI GENERASI HEBAT..!!~