Isnin, 19 Oktober 2009

satu petang...

Ptg td, mase ak ngan member2 seangkatan tgh tunggu bas nak blk kolej....penyerbuan di muka pintu bas oleh bakal2 cikgu bitara yang blh dikatakan sdkit terlampau telah menyebabkan kami terpaksa beralah dan tunggu bas lain..
(konon..nsb bek tme tu kitorang tgh penat..klu tak..mmg kami la yg plg bitara bab2 tolak menolak tme nek bas nih..hehhe)
Mse kami tgh tunggu bas tu..sempatla kami borak2 skit..dan ada sorang mamat yg juga merupakn bdk klas ak ..tanya satu soalan kat kami..dan ak bahsakan diri dia sbgai beliau..dialognya seakan2 begini...

beliau : ni..ak nak tny ngan korang..td ckp psl surah2 kan..( haa..ingat kami mengumpat org ke?) korang semua tahu tak srh apa yg xde huruf " mim"? ni kiranya ak meneka lani..
tahu tak?

ak : ermm..xpenah dgr la plak..surah ape weh?

beliau : carila dlu..usaha skit..nnt ak bagitau..

ak: yasin? dalam ejaan Yasin tu xde huruf " mim "kan?
(ak cuba menduga..kot2 beliau nak buat naya ngan kami..)

beliau: eishh..ade ke..carilah dulu..nnt ak bagitahu..

Mase beliau ckp camtu..hati ak tiba2 tertarik sgt nk thu psl surah yg xde huruf "mim" ni...sepnjg pejlann ak terfikir psl surah tu...dan sampai je kat rumah..ak try tnya ngan hosmate ak..kot2 dia thu psl kisah ni..pastu..dia mengofferkan dri dia tuk bertanya kat spupu dia sbb dia cakap spupu dia ni sorang hafiz..mst tahu punya..excited ak mse tu..dan mlm tu..terjwbla soalan si beliau tadi..ALHAMDULILLAH....

Korang tahu tak surah ape? SURAH AL-KHAUSAR..inilah salah satu surah yang mmg xde huruf "mim" ni..pastu, ak tryla godek2 dlm tenet n cari psl tafsir surah Al Khausar ni.. dan ak jumap 1 artikel yang menerangkan tentang tafsir dan khasiat surah ni..ni la surah Al Khausar ni..pendek je..ade 3 ayat..


Ayat ni bermaksud sungai disyurga..yang diperbuat daripada batu permata yang cantik..sewangi kasturi..warna seputih susu, serta lebih manis dari madu...

Kesinambungan ayat 1 dan 2 ni menyatakan tentang setelah kita mendapat nikmat yang banyak itu..kita disuruh bersyukur dengan mengadakan 2 ibadat iaitu solat dan berkorban..dan sesiapa membenci risalah ini yang turun kepada Muhammad..itu sebenarnya merekalah yang terputuskan dari nikmat dan rahmat Allah s.w.t.

Surah ini juga bertujuan untuk menghiburkan hati Rasulullah ketika baginda berada dalam kesedihan setelah kematian 2 orang yg dikasihi iaitu anaknya Ibrahim dan bapa saudarnya Abu Talib..

Selain itu juga..ape yg ak dpt petik dr artikel tersebut..terdapat byk khasiat yang terkandung dalam surah ni dan boleh dijadikan sebagai amaln seharian kita..antaranya ialah:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Ni la diantara khasiat dalam surah Al Khausar dan semoga ianya menjadi amalan kita bersama.

p/s : time kasih kepada beliau sbb beliau dah bagi ak 1 ilmu bru..